Jumaat, 9 Jun 2017

AKIBAT MUDAH TERPENGARUH...

IKLAN--Putih Seawal 3 Hari

Iklan (Bahasa Inggeris: Advertising) merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan barangan, perkhidmatan, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada yang ingin disampaikan.

Biasanya iklan di televisyen atau majalah khususnya untuk produk kecantikan, akan menggunakan model atau artis yang pada dasarnya memang sudah cantik. Ini merupakan salah satu cara pemasaran untuk memperkenalkan produk tersebut.

Kita sebagai pengguna pasti tertarik terutamanya yang melibatkan kecantikan. Betul tak? Pasti terdetik hati untuk mencuba produk tersebut mana tau boleh cantik seperti model atau artis dalam iklan tersebut.

Walaubagaimanapun, tidak semua produk tersebut sesuai dengan kulit muka kita. Pastikan produk tersebut tidak membahayakan diri sendiri seperti yang terjadi kepada Cik Siti Suhaida Ismail ini. Jom ikuti perkongsian daripada beliau.



Assalamualaikum W.B.T.

Saya Siti Suhaida Binti Ismail, berusia 27 tahun dan berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Saya bekerja sebagai Retail Executive di sebuah syarikat swasta.

Masa belajar dulu kulit saya tiada masalah tetapi berkulit gelap, cemburu melihat model iklan di televisyen yang memakai produk kulit putih seawal 3 hari, saya terus teruja. Saya tekad membeli dan mencubanya. Memang benar kesannya sangat cepat.

Muka menjadi licin dan menipis, kulit saya tidak tahan panas. Tetapi apabila saya berhenti memakai produk tersebut akibat kekurangan wang, muka saya menjadi semakin teruk, jerawat besar-besar tumbuh silih berganti menyebabkan saya menjadi semakin stress.

Saya juga mempunyai masalah dengan sistem penghadaman yang kurang baik. Mungkin kerana tidak menjaga pemakanan seharian saya yang kebanyakan nya memang tidak sihat. Jadual makan saya memang tidak teratur, dan saya suka minuman berkafein sebagai usaha untuk stay up belajar pada waktu malam.

Saya penggemar tegar Nescafe dan kadang2 satu sachet tidak cukup kuat bagi saya. Kehidupan sebagai pelajar saya anggap normal jika makan Maggi dan Nescafe, akibat terlalu sibuk dengan belajar saya biarkan saja masalah itu sampai lah satu ketika saya disyaki mengalami masalah dalam usus kerana berlaku pendarahan ketika membuang tetapi tidak sakit.

Perut saya menjadi sangat sensitive dengan makanan yang saya makan, saya tidak boleh makan pedas walaupun sedikit dan sembelit yang teruk. Mungkin terlalu stress dengan keadaan diri, hormon saya menjadi tak stabil, jerawat semakin naik penuh dimuka dan period saya menjadi tidak stabil.

Saya mula ikhtiar ingin mencuba Shaklee dengan mengambil ESP, dan Vitamin C secara konsisten namun jerawat masih tidak berhenti naik dan mula menambah B-Complex, Gla dan Alfalfa untuk menstabilkan hormone dan merawat masalah jerawat saya.

Alhamdulillah masalah jerawat saya dah berkurang, period dah okay dan sekarang saya langsung tiada masalah usus lagi.

Bagi adik-adik di luar sana, saya sarankan jangan mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen kerana tiada produk yang mampu memberi kesan seawal 3 hari melainkan produk tersebut mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat yang serius, rawat lah dari dalaman dahulu dan cari skincare yang berasaskan dari bahan semujadi. Inilah Shaklee Effect saya.

Kredit:
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 12: SITI SUHAIDA ISMAIL

Anda mengalami masalah seperti Cik Siti Suhaida Ismail

Hubungi saya (ZIZI aka Kak Zizi) untuk konsultasi percuma dan info berkenaan Produk Shaklee WhatsApp 016-7550501.
Untuk pembelian terus boleh klik pautan di bawah

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aefa7025bcfe229ea24ac03fc9035a56


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengedar Shaklee Putrajaya

Mood Lagu Raya

PULANGLAH-AISYAH (Sayang.. Di hari yang mulia ini.. Ku pohon keampunan.. Hanya satu yang ku pinta... Pulanglah)....................

 
Copyright © 2017 Sihat Anggun Vita. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.