Jumaat, 26 Mei 2017

Jeragat ohhhh Jeragat

PETUA MENYINGKIRKAN JERAGAT


Assalamualaikum dan hai semua

Memiliki kulit wajah yang cantik, sihat, licin dan bebas dari cela memang dambaan setiap wanita. Tetapi tidak semua ciri-ciri itu terdapat pada kulit kita disebabkan pengaruh-pengaruh seperti di bawah ini;
  • Makanan yang tidak seimbang
  • Pengambilan/penggunaan produk muka yang tidak sesuai
  • Terdedah kepada cahaya matahari secara langsung atau sebaliknya.
  • Pengambilan  Pil Hormon
  • Keturunan
  • Kekurangan nutrisi penting untuk kulit seperti Vitamin C, Vitamin E, Protein, Kolagen dan sebagainya

Jom kita kenali apa itu JERAGAT?

Jeragat (Melasma) merupakan perubahan warna kulit yang muncul dikawasan yg terdedah kepada matahari. Jeragat juga dikenali sebagai tompok hitam,pigmentasi atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan,wajah dan leher. Namun begitu terdapat petua tradisional untuk menyingkirkan jeragat ini disamping pengambilan suplemen-suplemen untuk kulit khususnya dan keseluruhan badan amnya.

Kulit kayu manis
Kulit kayu manis atau cinnamon lebih dikenali sebagai rempah untuk memasak. Walau bagaimanapun, kulit kayu manis juga berguna sebagai penghilang sakit secara semulajadi untuk jerawat. Petua hilangkan jeragat yang menggunakan kayu manis adalah dengan tuangkan 1 sudu besar kayu manis ke dalam bekas. Anda boleh mencampurkan dengan 3 sudu besar madu. Madu adalah antibiotik semulajadi yang membantu melembapkan kulit dan kulit kayu manis sangat memainkan peranan penting dalam menyokong penjanaan kulit semula. Kacau kedua bahan tersebut. Selepas itu, gunakan bahan tersebut di bahagian muka yang terjejas jeragat dan biarkan selama 15 minit. Akhir sekali, bilaslah menggunakan air suam dan keringkan muka menggunakan tuala yang bersih.
2. Aloe Vera
Aloe Vera adalah satu bahan semulajadi untuk menghilangkan jeragat. Petua hilangkan jeragat dengan Aloe Vera adalah dengan mengambil Aloe Vera segar dipotong menjadi kepingan dan kemudian ambil gelnya. Sebelum anda meletakkannya, anda perlu membersihkan muka supaya kotoran di muka tidak tersumbat. Jika muka sudah bersih, anda boleh menggunakan gel Aloe Vera ke bahagian jeragat yang terjejas. Biarkan hingga ia kering. Selepas itu bilas dengan menggunakan air suam.
3. Lemon
Petua hilangkan jeragat dengan lemon dengan menyediakan lemon segar dan kemudian dipotong menjadi 2 bahagian. Basuh muka anda dengan menggunakan air suam supaya liang muka tidak tersumbat. Oleskan potongan lemon ditempat jeragat. Biarkan selama 15 minit. Anda akan merasa agak pedih sedikt. Selepas itu, basuh muka dengan air sejuk.
4. Teh Hijau
Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah jeragat. Menurut kajian, teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit. Petua hilangkan jeragat secara semulajadi dengan teh hijau adalah dengan masukkan 1 uncang teh hijau ke dalam air panas selama 5 minit. Angkat uncang teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat. Biarkan ia kering kemudian basuh menggunakan air suam.
5. Putih Telur
Menghilangkan jeragat menggunakan putih telur mungkin tidak berapa disukai kerana aromanya yang hanyir. Terlebih dahulu bersihkan muka anda. Sapukan putih telur di kawasan muka yang terjejas jeragat. Biarkan hingga ia kering dan sapukan sekali lagi putih telur sebagai lapisan kedua. Jika ia telah kering, anda boleh basuh dengan air suam.

Wah banyak rupanya petua tradisional untuk menghilangkan jeragat. Terpulang kepada anda untuk mencubanya.

Tetapi jangan risau, Shaklee menyediakan suplemen-suplemen yang sangat bagus bukan sahaja untuk kesihatan kulit tetapi untuk keseluruhannya. 

Bagaimana set ini berfungsi?

VIVIX
Sifat utama antioksidan untuk kulit ialah meneutralkan kesan tindakbalas kulit pada serangan seperti sinar UV, hormon tak stabil, bakteria dan sebagainya. Selain itu, antioksidan juga menghalang penimbunan radikal bebas. Radikal bebas ialah sejenis sel yang rosak. Ini berlaku dalam proses penghasilan tenaga oleh sel. Oleh itu, Vivix yang mempunyai 13 kali ganda lebih antioksidan dari produk lain di pasaran akan melindung dan merawat sel kulit dari rosak.



Collagen Powder Shaklee

Untuk rawatan jeragat, Collagen Powder Shaklee adalah yang paling tepat kerana ia adalah suplemen kolagen yang unggul dan tulens serta bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah dan mudah diserap oleh tubuh untuk membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

GLA Complex 
GLA membantu masalah ketidakseimbangan hormon atau perubahan hormon yang berlaku bila umur semakin meningkat dan menghampiri menopouse. Rawatan menstabilkan hormon memerlukan masa, jadi pengambilan GLA yang berterusan membantu mengatasi masalah berkaitan dengan hormon

Vita-C Plus
Vitamin C yang memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen dalam kulit. Vitamin C juga antioksidan dan berfungsi untuk mencerahkan warna kulit. Vitamin C mencegah enzim dalam badan dari mengeluarkan melanin yang berlebihan apabila terdedah keapda sinar matahari. 

Vita-E Complex 
Vitamin E dikenali sebagai vitamin kulit. Dan satu kemestian untuk amalkan vitamin E bagi mereka yang inginkan kulit cantik, berseri dan tanpa cela. Tapi mereka yang punyai jeragat memerlukan lebih penjagaan berbanding kulit normal. Sebagai antioksidan, vitamin E meneutralkan kesan sinaran UV yang berbahaya daripada matahari dan memperbaiki serta melindungi kulit.

ESP

Energizing Soy Protein (ESP) kaya dengan protein yang membantu penghasilan sel kulit baru yang lebih segar dan sihat. Sel kulit mati penyebab kulit menghasilkan tompok-tompok hitam.

Buat wanita di luar sana yang mengalami masalah jeragat ini jangan berduka. Boleh hubungi Kak Zizi 016-7550501 kita ikhtiar dengan Set Jeragat Shaklee ni. Untuk memudahkan lagi korang untuk mendapatkan Set Jeragat Shaklee ini, sila klik Esell di bawah. Selamat shopping dengan Kak Zizi. Happy shopping sayangku
Jom kita singkirkan jeragat sebelum raya.
Salam sayang..
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b7517a0edb64409325721909b041132a

2 ulasan:

Pengedar Shaklee Putrajaya

Mood Lagu Raya

PULANGLAH-AISYAH (Sayang.. Di hari yang mulia ini.. Ku pohon keampunan.. Hanya satu yang ku pinta... Pulanglah)....................

 
Copyright © 2017 Sihat Anggun Vita. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.